Sunday 21 April 2013


Assalamualaikum...



dari kesejukan malam
kau muncul dalam bayangan
waktu aku sendiri
menunggu dan menanti
pada bayangan mu
yang sering ku igaukan
kau datang
membawa sedikit cahaya
tapi cukup menerangi
kegelapan kamar ku ini
yang dulunya..
sepi tanpa penghuni

Rasa terpanggil aku
Untuk menemanimu
Kerana rindu yang mengheret
Terasakan amat perit
Dan pada malam yang kian sepi
Kita dipertemukan lagi
Tanpa wajah tanpa suara
Cukup sekadar luahan rasa
Yang terpancar di paparan komputer
Dan saling kita bertukar kata
Cukup buat penghilang
Rasa rindu yang bertandang 

kehadhiran yang tanpa diduga
mengheret rindu ku antara detik
dan kesepian malam yang dingin
tapi hangat dengan..
dengan hembusan nafas ku
dan kau masih disisi
menemani ku
meredah suasana malam
yang cukup menyenangkan
terima kasih sayang..
seolah olah...
perasaan ku menjemput mu
ke sini...
kerana disini..
kita mula bertemu
dalam satu ikatan
kemesraan..

Dan di sini segala tercipta
Antara rindu dan ceria
Antara resah gelisah
Bila tiba waktu berpisah
Dan talian ini
Menyaksikan lagi
Menyampaikan lagi
Bisik sindiran dan usikan
Antara senyuman dan tangisan
Dan kau sentiasa menemankan
Pada malam kegelapan
Dan subuh kedinginan
Tiada pernah ku keseorangan.......

Thursday 17 January 2013

Cinta Ku Buat Mu Takkan Pudar. (^_^)'

 "

Saat engaku berduka,
Kerana dikecewakan,

Ingat pada mereka diluar sana ,
Yang kehilangan rumah,
Kehilangan keluarga yang tersayang,
Kehilangan belaian ibu dan ayah
Kehilangan sumber asas hidup,
Termasuk pakaian,makanan dan minuman.

Mereka yang hidup tidak tenteram,
Tiada kedamaian dalam negara,

Mereka yang tidak lemah hatinya
Sebaliknya mempunyai jihad yang sangat tinggi,
Mereka yang kita paggil saudara seislam.

Berdoalah demi mereka,
Berdoa supaya dikuatkan semangat mereka,
Supaya dilindungi langkah mereka,
InsyaAllah ,
Syurga sana menanti .


"

Its me.. (^_^)'




Saya Sayang Awak.. Tetapi Saya Nak Minta Maaf Jika Cinta Saya Tak Sempurna Bagi Awak.
(^_^)"