Sunday 21 April 2013


Assalamualaikum...



dari kesejukan malam
kau muncul dalam bayangan
waktu aku sendiri
menunggu dan menanti
pada bayangan mu
yang sering ku igaukan
kau datang
membawa sedikit cahaya
tapi cukup menerangi
kegelapan kamar ku ini
yang dulunya..
sepi tanpa penghuni

Rasa terpanggil aku
Untuk menemanimu
Kerana rindu yang mengheret
Terasakan amat perit
Dan pada malam yang kian sepi
Kita dipertemukan lagi
Tanpa wajah tanpa suara
Cukup sekadar luahan rasa
Yang terpancar di paparan komputer
Dan saling kita bertukar kata
Cukup buat penghilang
Rasa rindu yang bertandang 

kehadhiran yang tanpa diduga
mengheret rindu ku antara detik
dan kesepian malam yang dingin
tapi hangat dengan..
dengan hembusan nafas ku
dan kau masih disisi
menemani ku
meredah suasana malam
yang cukup menyenangkan
terima kasih sayang..
seolah olah...
perasaan ku menjemput mu
ke sini...
kerana disini..
kita mula bertemu
dalam satu ikatan
kemesraan..

Dan di sini segala tercipta
Antara rindu dan ceria
Antara resah gelisah
Bila tiba waktu berpisah
Dan talian ini
Menyaksikan lagi
Menyampaikan lagi
Bisik sindiran dan usikan
Antara senyuman dan tangisan
Dan kau sentiasa menemankan
Pada malam kegelapan
Dan subuh kedinginan
Tiada pernah ku keseorangan.......

Thursday 17 January 2013

Cinta Ku Buat Mu Takkan Pudar. (^_^)'

 "

Saat engaku berduka,
Kerana dikecewakan,

Ingat pada mereka diluar sana ,
Yang kehilangan rumah,
Kehilangan keluarga yang tersayang,
Kehilangan belaian ibu dan ayah
Kehilangan sumber asas hidup,
Termasuk pakaian,makanan dan minuman.

Mereka yang hidup tidak tenteram,
Tiada kedamaian dalam negara,

Mereka yang tidak lemah hatinya
Sebaliknya mempunyai jihad yang sangat tinggi,
Mereka yang kita paggil saudara seislam.

Berdoalah demi mereka,
Berdoa supaya dikuatkan semangat mereka,
Supaya dilindungi langkah mereka,
InsyaAllah ,
Syurga sana menanti .


"

Its me.. (^_^)'




Saya Sayang Awak.. Tetapi Saya Nak Minta Maaf Jika Cinta Saya Tak Sempurna Bagi Awak.
(^_^)"

Sunday 14 October 2012

*Harapan* (^^)




*Cinta Mu Selalu Dihati....*


*Cinta Mu Selalu Dihati....*

wajah mu selalu terbayang ditabir mata ku,
tahu kenapa????
kerana cinta mu selalu di hati ku,
aku selalu rindukan mu,
tahu kenapa???
kerana diri mu terlalu istimewa buat ku,
aku tak pernah gusar bila diri mu jauh,
tahu kenapa???
kerana cinta mu selalu di hati ku,
aku selalu ingin melihat diri mu gembira dan ketawa,
tahu kenapa???
kerana kegembiraan mu buat ku bahagia,
aku ingin selalu disamping mu,
tahu kenapa???
kerana aku sangat cintakan kamu,
aku nak ucap terima kasih kepada kamu tiap hari,
tahu kenapa???
kerana kau selalu buat aku bahagia,
kamu selalu memujuk aku ketika bersedih,
kamu selalu berada disisi ku ketika susah dan senang,
semoga ada kesempatan lagi buatku menatap wajah mu.

*huhuhuhuhuhuhuhuhu.... menatap hati yang sedih tak dapat balik kampung.. ketika cuti semester..... rindu mama....*

Thursday 11 October 2012

Renungan. (^^)





1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar
di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa
depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia.Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Wednesday 11 July 2012

Sifat Diri KU







Karakter Berdasarkan Bulan Kelahiran

MEI 

Kekerasan hati & degil, Kuat semangat & bermotivasi tinggi, Pemikiran yang tajam, Mudah marah apabila tidak dikawal, Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian, Perasaan yang amat mendalam, Cantik dari segi mental & fizikal, Tidak perlu dimotivasikan, Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, Mudah dipujuk, Bersikap sistematik (otak kiri), Suka berangan, Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, Daya khayalan yang tinggi, Permikiran yang tajamPandai berdebat, Fizikal yang baik, Kelemahan sistem pernafasan, Suka sastera, seni & muzik serta melancong, Tidak berapa suka duduk di rumah, Tidak boleh duduk diam, Tidak punya ramai anak, Rajin dan bersemangat tinggi, Agak boros .






^_^'